Amanahku

Amanahku

Sunday 9 October 2011

Subjek Pendidikan Jasmani boleh gilap pelapis sukan negara


Assalamualaikum & salam sejahtera...

Tulisan Quraisyah Azmi dari Telok Panglima Garang, Selangor yang bertajuk "Subjek Pendidikan Jasmani boleh gilap pelapis sukan negara" sangat menarik kandungan isinya. Subjek Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu subjek teras terkandung dalam kurikulum KBSR & KSSR. Justeru itu, isu perlaksanaan kelas PJ ini sudah lama kedengaran cuma tiada penegasan daripada pihak kementerian untuk mengatasi isu ini.

Seperti mana yang kita maklum, Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Objektif Pendidikan Jasmani ialah membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.