Amanahku

Amanahku

Wednesday 23 November 2011

KSSR PJ/PK Tahun 1 dan Tahun 2




MATLAMAT KURIKULUM

Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah bertujuan membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup.



OBJEKTIF KURIKULUM

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah berkebolehan untuk:

1.         Melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul mengikut konsep pergerakan
2.         Mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor
3.         Mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan
4.         Mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan
5.         Mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala
6.         Mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal
7.         Melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran yang selamat
8.         Mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal; dan
9.         Mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.





BAND
PERNYATAAN STANDARD

1

Tahu melakukan kemahiran pergerakan dan aktiviti fizikal

2

Tahu dan faham melakukan kemahiran pergerakan dan aktiviti fizikal berkaitan kecergasan

3

Tahu, faham dan boleh mengembangkan pengetahuan dan kebolehan dalam kemahiran pergerakan  dan kecergasan mengikut konsep pergerakan dan konsep kecergasan

4

Tahu, faham dan boleh mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan untuk  melakukan pergerakan dan aktiviti yang dapat mengekalkan dan meningkatkan kemahiran dan kecergasan

5

Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan atas kesedaran kepentingan melakukan  pergerakan dan aktiviti fizikal untuk meningkatkan kemahiran dan kecergasan dan melakukannya secara seronok, mengamalkan langkah-langkah keselamatan dan mempamerkan tanggungjawab kendiri

6

Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan serta menjana kreativiti minda menjurus kepada gaya hidup sihat untuk kesejahteraan



BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

1

Tahu




B1
Tahu melakukan kemahiran pergerakan dan aktiviti fizikal


B1D1
Melakukan pergerakan asas yang mudah






B1D2
Melakukan aktiviti fizikal yang asas berkaitan kecergasan





B1D1E1 
Melakukan pergerakan asas mudah yang melibatkan kesedaran tubuh dan kesedaran ruang, mengikut arah, mengikut aras, mengikut laluan, mengikut satah, mengikut kelajuan dan mengikut daya
 


B1D2E1
Melakukan aktiviti fizikal yang boleh meningkatkan suhu badan dan otot, kadar pernafasan dan kadar nadi





BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

2

Tahu dan Faham





B2
Tahu dan faham melakukan kemahiran pergerakan dan aktiviti fizikal berkaitan kecergasan








B2D1
Melakukan pergerakan asas










B2D2
Melakukan aktiviti fizikal berkaitan kecergasan










B2D1E1
Melakukan pergerakan lokomotor

B2D1E2
Melakukan pergerakan bukan lokomotor

B2D1E3
Melakukan kemahiran manipulasi alatan




B2D2E1
Melakukan aktiviti yang membina kapasiti aerobik  

B2D2E2
Melakukan aktiviti kelenturan

B2D2E3
Melakukan aktiviti meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot




BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

3

Tahu, Faham dan Boleh Buat








B3
Tahu, faham dan boleh mengembangkan pengetahuan dan kebolehan dalam kemahiran pergerakan  dan kecergasan mengikut konsep pergerakan dan konsep kecergasan



B3D1
Melakukan pergerakan berdasarkan konsep pergerakan














B3D2
Melakukan aktiviti fizikal berdasarkan konsep kecergasan















B3D1E1
Mengenalpasti konsep pergerakan:
·        Kesedaran tubuh (bentuk, imbangan, berat badan, layangan, pendaratan) 
·        Kesedaran ruang
·        Arah pergerakan

B3D1E2
Melakukan pergerakan asas
·        pergerakan lokomotor
·        pergerakan bukan lokomotor
·        pergerakan berkaitan kemahiran manipulasi alatan
·        pergerakan berirama



B3D2E1
Melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan:
·        suhu badan dan otot
·        kadar pernafasan
·        kadar nadi


B3D2E2
Melakukan aktiviti kecergasan yang dapat meningkatkan:
·        kapasiti aerobik
·        kelenturan
·        kekuatan dan daya
     tahan otot




BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

4

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab




B4
Tahu, faham dan boleh mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan untuk  melakukan pergerakan dan aktiviti yang dapat mengekalkan dan meningkatkan kemahiran dan kecergasan



B4D1
Mengaplikasi pengetahuan konsep pergerakan untuk melakukan kemahiran motor


















B4D2
Memahami perkara-perkara yang boleh meningkatkan kemahiran dan kecergasan











B4D1E1
Mengaplikasi pengetahuan konsep pergerakan untuk melakukan gimnastik asas:
·        Kemahiran hambur dan pendaratan
·        Pergerakan yang memerlukan imbangan dan sokongan badan
·        Kemahiran putaran


B4D1E2
Mengaplikasi pengetahuan konsep pergerakan untuk melakukan
·         Kemahiran hambur dan pendaratan
·         Pergerakan yang memerlukan
    imbangan dan sokongan badan
·         Kemahiran putaran
·         Pergerakan berirama





B4D2E1
Mengukur ketinggian dan menimbang berat badan untuk mengekalkan ukuran yang ideal


B4D2E2
Mengetahui organ penting, komponen dalam badan dan bentuk badan untuk mengekalkan kecergasan diri


B4D2E3
Memahami peraturan dan konsep keselamatan di tempat melakukan aktiviti

B4D2E4
Mengetahui keperluan air sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti fizikal

B4D2E5
Mengamalkan membuat persediaan diri sebelum, semasa dan selepas melakukan sesuatu aktiviti





BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

5

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji



B5
Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan atas kesedaran kepentingan melakukan  pergerakan dan aktiviti fizikal untuk meningkatkan kemahiran dan kecergasan dan melakukannya secara seronok, mengamalkan langkah-langkah keselamatan dan mempamerkan tanggungjawab kendiri


           

B5D1
Berkebolehan melakukan pergerakan dan mengaplikasikan pengetahuan semasa menjalankan aktiviti










B5D2
Menunjukkan tanggungjawab kendiri dan berinteraksi sosial



B5D1E1
Menggunakan pelbagai kecekapan kemahiran pergerakan semasa melakukan aktiviti rekreasi dan kesenggangan, serta mampu memperlihatkan rasa seronok.

                atau

Menggunakan pelbagai kemahiran keyakinan di air semasa melakukan aktiviti air dengan rasa seronok



B5D2E1
Menerima cabaran, kemenangan dan kekalahan serta berkomunikasi dengan baik semasa melakukan aktiviti






BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS


6

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali



B6
Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan serta menjana kreativiti minda menjurus kepada gaya hidup sihat untuk kesejahteraan


B6D1
Menjana kreativiti semasa melakukan aktiviti











B6D2
Memperkembangkan konsep kecergasan semasa melakukan aktiviti kecergasan fizikal














B6D1E1
Menjana kreativiti semasa melakukan pergerakan melalui aktiviti:
·        Pelbagai watak
·        Imbangan dan sokongan/badan


B6D1E2
Melakukan pergerakan dan senaman yang boleh menguatkan organ badan
dan meningkatkan  kecekapan fungsi otot secara sistematik dan berterusan


B6D2E1
Mengamalkan aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan mengikut urutan









No comments:

Post a Comment