Amanahku

Amanahku

Friday, 25 November 2011

KSSR Dokumen Standard Prestasi Pendidikan kesihatan Tahun 1



MATLAMAT KURIKULUM

Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti.

OBJEKTIF KURIKULUM

Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Pendidikan Kesihatan membolehkan murid:
1        Mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran.
2        Mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan penyakit.
3        Menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan.


OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 1

Pada akhir pembelajaran, murid dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan amalan :
1    Menjaga kebersihan tubuh badan
2    Mengambil makanan dan minuman yang cukup, bersih serta selamat
3    Mengenali ubat
4    Mengurus emosi
5    Menghormati diri, ibu bapa, ahli keluarga dan orang lain
6    Menjalin perhubungan yang sihat dan berkekalan
7    Mencegah jangkitan penyakit berjangkit
8    Menjaga keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam





BAND
PERNYATAAN STANDARD

1

Mempunyai pengetahuan tentang asas kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran

2

Memahami aspek kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran

3

Memahami kepentingan dan boleh mengurus penjagaan diri, pengurusan mental,  emosi dan sosial serta kesihatan dan keselamatan diri

4

Boleh memperkembangan aspek penjagaan diri serta pengurusan mental, emosi dan sosial terhadap keluarga dan masyarakat serta memainkan peranan mengawal aspek kesihatan dan keselamatan persekitaran

5

Mempunyai  kemahiran berkomunikasi, empati dengan orang lain dan berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif dan sihat

6

Mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran kehidupan seharian, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat




BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

1

Tahu




B1
Mempunyai pengetahuan tentang asas kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran




B1D1
Aspek fizikal lelaki dan perempuan



B1D2
Jenis makanan harian



B1D3
Perasaan yang dialami



B1D4
Ahli dalam keluarga/penjaga


B1D5
Aspek keselamatan diri




B1D1E1   
Mengenal bahagian tubuh seperti kepala badan, tangan, kaki dan genital


B1D2E1 
Menamakan jenis makanan harian mengikut waktu makan


B1D3E1
Mempamerkan perasaan yang dialami seperti gembira, sedih, takut, marah dan malu


B1D4E1
Mengenal pasti ahli dalam keluarga/penjaga


B1D5E1  
Mempunyai maklumat untuk menghubungi ibu bapa / penjaga untuk menangani aspek keselamatan diri





BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

2

Tahu dan Faham





B2
Memahami aspek kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran



B2D1
Penjagaan kebersihan diri, pakaian dan alatan keperluan











B2D2
Pemakanan yang bersih dan selamat



B2D3
Aspek kekeluargaan



B2D4
Aspek keselamatan persekitaran





B2D1E1
Menjaga kebersihan diri seperti kebersihan kepala, badan, tangan, kaki, kuku, gigi dan genital

B2D1E2
Menjaga kebersihan pakaian

B2D1E3
Menjaga kebersihan alatan keperluan diri seperti sikat, berus gigi, tuala, pakaian dalam, peralatan makan dan minum


B2D2E1
Menentukan ciri-ciri makanan yang bersih dan selamat


B2D3E1
Menyatakan peranan diri sendiri dan ahli dalam keluarga/penjaga


B2D4E1
Mengenal pasti situasi yang tidak selamat

B2D4E2
Mengenal pasti barangan yang merbahaya



BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

3

Tahu, Faham dan Boleh Buat








B3
Memahami kepentingan dan boleh mengurus penjagaan diri, pengurusan mental,  emosi dan sosial serta kesihatan dan keselamatan diri






























B3D1
Mengurus penjagaan kebersihan diri pakaian dan alatan keperluan













B3D2
Mengurus pengambilan pemakanan yang bersih, berkhasiat, cukup dan selamat










B3D3
Memahami jenis-jenis ubat




B3D4
Mempamerkan secara positif perasaan mengikut situasi





B3D5
Memahami hubungan kekeluargaan





B3D6
Mengetahui penyakit berjangkit








B3D1E1
Memahami kepentingan menjaga kebersihan diri dan melakukannya dengan cara yang betul dan pada masa yang betul

B3D1E2
Memahami kepentingan menjaga kebersihan pakaian dan melakukannya dengan cara yang betul

B3D1E3
Memahami kepentingan menjaga kebersihan alatan keperluan diri dan melakukannya dengan cara yang betul


B3D2E1
Mengambil makanan dan minuman yang bersih, berkhasiat dan mencukupi

B3D2E2
Mengambil makanan yang sesuai mengikut waktu makan

B3D2E3
Menyimpan makanan dan minuman dengan cara yang betul


B3D3E1 
Menamakan pelbagai jenis ubat dan menyatakan tujuan ubat tersebut digunakan



B3D4E1
Meluahkan perasaan mengikut situasi dan kepada individu-individu yang sesuai

B3D4E2
Menyatakan asas keperluan emosi


B3D5E1
Menghormati ahli keluarga/penjaga, memahami hubungan serta mampu menceritakan keistimewaan diri sendiri dan ahli dalam keluarga


B3D6E1
Mengenal pasti penyakit  berjangkit yang berkaitan dengan kulit, tangan, kaki, mulut, demam selsema dan jangkitan cacing





BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

4

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab




B4
Boleh memperkembangan aspek penjagaan diri serta pengurusan mental, emosi dan sosial terhadap keluarga dan masyarakat serta memainkan peranan mengawal aspek kesihatan dan keselamatan persekitaran




B4D1 
Menjelaskan kepentingan penjagaan kebersihan diri, pakaian dan alatan keperluan


B4D2 
Memahami tata cara pengambilan ubat


B4D3 
Memahami adab perhubungan








B4D4 
Memahami aspek mengawal kesihatan persekitaran



B4D1E1
Menjelaskan akibat jika tidak prihatin terhadap penjagaan kebersihan diri, pakaian dan alatan keperluan


B4D2E1 
Mengenal pasti ciri-ciri ubat yang boleh membahayakan kesihatan


B4D3E1
Menjalin hubungan dan memahami batas hubungan dengan ibu bapa/penjaga, ahli keluarga, rakan sebaya dan individu lain

B4D3E2
Mengenal pasti perbuatan buli, pembuli dan mangsa


B4D4E1
Memahami kuman sebagai organisma berbahaya




BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

5

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji



B5
Mempunyai  kemahiran berkomunikasi, empati dengan orang lain dan berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif dan sihat





B5D1 
Mengamalkan penjagaan kebersihan diri, pakaian dan alatan keperluan




B5D2
Menyedari kepentingan pengambilan ubat







B5D3
Mengurus perasaan mengikut situasi



B5D4 
Menerangkan tentang cara kuman dan penyakit berjangkit merebak



B5D1E1  
Mengamalkan penjagaan kebersihan diri, pakaian dan alatan keperluan dan memastikan aspek ini juga menjadi amalan keluarga, rakan sebaya dan individu lain


B5D2E1 
Mengingatkan diri, keluarga, rakan sebaya dan individu lain  akan kepentingan ubat dan akibat penyalahgunaannya

B5D2E2
Menyatakan kepentingan mengambil ubat mengikut preskripsi


B5D3E1
Menyuarakan dan membezakan antara kehendak dan keperluan


B5D4E1
Menerangkan cara kuman dan penyakit berjangkit merebak



BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS


6

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali



B6
Mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran kehidupan seharian, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat



B6D1 
Memperkembangkan aspek mengawal kesihatan persekitaran untuk mengurus hidup yang sihat








B6D2
Menjaga perhubungan dan menangani risiko dalam perhubungan













B6D1E1
Menceritakan cara-cara mengawal kuman dan penyakit berjangkit daripada merebak

B6D1E2
Menunjukkan cara memohon bantuan ketika keluarga, rakan sebaya dan individu lain mengalami masalah kesihatan, kecederaan dan kecemasan



B6D2E1
Mengamalkan sikap kerjasama dan berkongsi

B6D2E2
Bertindak dengan cara yang positif untuk menghadapi dan menangani buli



No comments:

Post a Comment

Post a Comment