Amanahku

Amanahku

Friday 25 November 2011

Contoh penulisan RPH KSSR PJ/PK


Contoh Penulisan RPH Pendidikan Jasmani Tahun 1

Tarikh: 12 Jan. 2011/ Selasa
Masa: 7.45 - 8.15 pagi
Bil. Murid: 8 L & 8 P
Tajuk: Lompatan Asas
Fokus: Berkebolehan hambur menggunakan kedua belah kaki dengan betul.

Standard Pembelajaran:
1.6.2 : Melakukan hambur pelbagai arah menggunakan kaki.
2.1.4 : Mengenalpasti arah pergerakan kiri, kanan, depan, belakang, atas dan
           bawah.
5.4.2 : Memperlihat rasa seronok melakukan aktiviti dalam kumpulan.

Aktiviti:
1. Permainan dikejar vampire cina.
2. Murid melakukan ketinting
    - Individu.
    - Berpasangan.(dalam jarak 5 meter)
3. Murid melompat secara statik.
- Baling dan tangkap pundi kacang secara individu.
- Baling dan tangkap pundi kacang secara berpasangan.
4. Permainan berkumpulan:
    - Kumpulan 1 : Melompat ke dalam gelung rotan
    - Kumpulan 2 : Melompat keluar dari gelung rotan.
    - Kumpulan 3 : Melompat dan menagkap bola getah.
5. Menyejukkan badan
6. Murid menyiapkan lembaran kerja.

EMK: Kreativiti
Refleksi: Namakan beberapa jenis haiwan yang melompat.

 

Mata Pelajaran dan kelas
Pendidikan Kesihatan Tahun Satu


Tema / Tajuk
Kesihatan diri dan reproduktif


Masa
30 minit


Standard Pembelajaran
1.2.1 dan 1.2.2


Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran murid dapat:
1.  Mempamerkan kemahiran berkata TIDAK kepada sentuhan tidak
     selamat dengan nada suara dan intonasi yang betul.


Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1.   Perbincangan tentang maksud sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat berdasarkan tayangan klip video.
2.   Perbincangan tentang pelbagai situasi sentuhan yang selamat dan tidak selamat.
3.   Pelbagaikan kemahiran berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
1.  Kreativiti
2.  Nilai murni

    
Bahan Bantu Belajar
1.  Klip video
2.  Kad imbasan


Penilaian Pengajaran dan pembelajaran
1.  Berkata TIDAK dalam pelbagai cara kepada sentuhan tidak
     selamat dengan yakin dan tegas.


Refleksi
1.  37 murid dapat berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat.
2.  3 murid masih perlu diberi latihan dengan kemahiran berkata
     TIDAK kepada sentuhan tidak selamat. Murid yang tidak dapat
     Menguasai akan diberi bimbingan dalam kelas seterusnya.

1 comment: